08 Julai 2026 | Rabu
Malam ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR): Kampung Kita, DUN Pantai Kundor yang berlangsung di Bilik Mesyuarat JAPERUN Pantai Kundor.
Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras segala perancangan, pembahagian tugas serta memastikan setiap aspek pelaksanaan program berada dalam keadaan teratur dan berjalan lancar. Kerjasama erat antara semua agensi, jawatankuasa serta pihak yang terlibat amat penting bagi menjayakan program yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.
Turut hadir sama iaitu En Mohd Azri Bin Mohideen Abdul Kader; Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pn Faizahnor Ketua Penolong Pegawai Daerah (KP) serta semua yang hadir bagi memberikan komitmen dan pandangan yang membina. Semoga segala usaha yang dirancang dipermudahkan dan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat: Kampung Kita DUN Pantai Kundor dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan rakyat.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuah
#BeraniLaksanaJebat