• Main
  • News

08 Julai 2026 | Rabu

08 Julai 2026 | Rabu

08 Julai 2026 | Rabu

Berkesempatan menghadiri Majlis Penutupan Pertandingan Sketsa Kepenggunaan Peringkat Zon Selatan Tahun 2026 yang berlangsung di Panggung Seri, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Melaka.

Tahniah dan syabas kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka atas penganjuran program yang cukup bermanfaat ini. Pertandingan seperti ini bukan sahaja mencungkil bakat pelajar dalam bidang seni persembahan, malah menjadi medium yang kreatif untuk menyampaikan mesej berkaitan hak pengguna, kepenggunaan berhemah serta kesedaran terhadap isu-isu semasa.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dalam melahirkan generasi muda yang lebih peka, berilmu dan bertanggungjawab sebagai pengguna yang bijak.

Tahniah juga kepada semua peserta, guru pembimbing serta para pemenang yang telah menunjukkan komitmen dan kreativiti yang membanggakan.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuah
#BeraniLaksanaJebat


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU