08 Julai 2026 | Rabu
Pada pagi ini saya berkesempatan menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program Jelajah Ketua Menteri Melaka yang dipengerusikan oleh YB Datuk Fairul Nizam Roslan bagi DUN Klebang dan DUN Pantai Kundor, bagi memastikan segala persiapan program berjalan lancar, tersusun dan mencapai objektif yang dirancang.
Turut hadir bersama ialah YB Datuk Wira Lim Ban Hong, ADUN Klebang dan Tn Shaiful Hizam Johan Pegawai Daerah Melaka Tengah.
Terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah serta semua jabatan dan agensi yang hadir atas komitmen, kerjasama dan kesungguhan dalam memastikan kejayaan program ini.
Semoga segala urusan dipermudahkan dan Program Jelajah Ketua Menteri Melaka dapat dilaksanakan dengan lancar serta membawa manfaat kepada seluruh rakyat.
Terima kasih YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh atas kepimpinan yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.
#JelajahKetuaMenteri
#DUNKlebang
#DUNPantaiKundor
#MelakaMajuJaya
#MelakaSayangRakyat
#PantaiKundorDihati