06 Julai 2026 | Isnin jam 2.30 petang
Mesyuarat Penyelarasan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Tangga Batu: Kampung Kita
Alhamdulillah, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Tangga Batu: Kampung Kita bagi DUN Pantai Kundor yang berlangsung di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah.
Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras gerak kerja serta memperincikan perancangan pelaksanaan program agar setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan tersusun, berkesan dan memberi manfaat kepada seluruh warga DUN Pantai Kundor.
Semoga segala perancangan yang telah dibincangkan dipermudahkan dan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat dapat berjalan lancar demi kesejahteraan serta kebajikan masyarakat.
Ab Rauf Yusoh
#WRUR #KampungKita #ParlimenTanggaBatu #DUNPantaiKundor #MelakaMajuJayaRakyatBahagia
#MelakaSayangRakyat