05 Julai 2026 | Ahad jam 10.30 pagi
Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat & Hello Komoditi 2026
Pada pagi ini, saya berkesempatan menghadiri Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat dan Hello Komoditi 2026 sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Jasin: Kampung Kita, DUN Sungai Rambai yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Pelbagai pengisian bermanfaat telah diadakan termasuk penyampaian bantuan usahawan, bantuan persekolahan, sumbangan kepada pekebun kecil serta pelbagai inisiatif yang mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kesejahteraan rakyat.
Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuhkan hubungan antara kerajaan dan masyarakat serta membawa lebih banyak manfaat kepada seluruh rakyat Melaka.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat