04 Julai 2026 | Sabtu
Bengkel Jentera Muda Puteri UMNO DUN Pantai Kundor.
Hari ini saya berkesempatan hadir bagi merasmikan Bengkel Jentera Muda Puteri UMNO DUN Pantai Kundor sebagai persediaan memperkukuhkan jentera di peringkat akar umbi.
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dengan penuh semangat dan komitmen. Semoga segala perkongsian, ilmu serta perancangan yang dibincangkan dapat dimanfaatkan dalam memperkasakan gerak kerja jentera demi memastikan kita sentiasa bersedia menghadapi apa jua cabaran.
Insya-Allah, dengan semangat kebersamaan, kesatuan dan kerja berpasukan, kita akan terus melangkah maju demi agama, bangsa dan tanah air.
Ab Rauf Yusoh
#TeamKakIna #PantaiKundor #PuteriUMNO #JenteraMuda #BersatuBersetiaBerkhidmat