02 Julai 2026 | Rabu jam 9.00 malam
MESYUARAT AJK PPP (WI) CAWANGAN PANTAI KUNDOR
Alhamdulillah, malam ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat AJK PPP (WI) Cawangan Pantai Kundor yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Japerun Pantai Kundor.
Mesyuarat ini menjadi platform untuk membincangkan perancangan, hala tuju serta gerak kerja organisasi bagi memastikan setiap program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, berkesan dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang hadir serta memberikan komitmen, idea dan pandangan yang membina sepanjang mesyuarat berlangsung.
Semoga semangat kebersamaan dan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi memperkasakan peranan wanita serta meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat di DUN Pantai Kundor.
Terima kasih atas komitmen semua. Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.
#PantaiKundorDihati
#WIPantaiKundor
#MelakaSayangRakyat