02 Julai 2026 | Khamis
KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA
Alhamdulillah, hari ini saya telah mengadakan kunjung hormat ke atas Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (ICU JPM), YBrs. Tuan Haji Mohd Shahrul bin Sharif.
Pertemuan ini merupakan platform yang amat bermakna bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan serta keperluan rakyat. Saya turut mengambil kesempatan menyampaikan beberapa cadangan dan pandangan demi memastikan setiap perancangan pembangunan dapat memberi manfaat yang terbaik kepada masyarakat.
Terima kasih kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Shahrul atas kesudian menerima kunjungan ini serta kesediaan untuk terus bekerjasama dalam merealisasikan agenda pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.
Semoga segala usaha yang dirancang dipermudahkan dan memberi impak positif kepada seluruh warga DUN Pantai Kundor dan Negeri Melaka.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#MelakaSayangRakyat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat