30 Jun 2026 | Selasa
Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 2026
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 2026 yang diadakan sebagai tanda penghargaan kepada warga perkhidmatan awam atas jasa, komitmen dan kecemerlangan dalam melaksanakan amanah kepada rakyat serta negeri.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka sebagai tetamu khas, bersama Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan pengiktirafan. Semoga penghargaan yang diberikan menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan serta mengekalkan budaya kerja yang cemerlang demi kemajuan Negeri Melaka.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga perkhidmatan awam Negeri Melaka. Semoga terus berkhidmat dengan penuh integriti, dedikasi dan amanah.
Ab Rauf Yusoh
#MelakaSayangRakyat
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#PantaiKundorDihati