29 Jun 2026 | Isnin jam 3.30 ptg.
Hari ini saya bersama dalam Taklimat Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Tangga Batu yang dipengerusikan oleh Datuk Fairul Nizam bin Roslan, bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Melaka Tengah.
Taklimat ini turut dihadiri oleh YB Datuk Rais Yasin serta para Pengerusi JPKK kawasan bagi menyelaras gerak kerja serta persiapan pelaksanaan Program WRUR agar setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, berkesan dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat di Parlimen Tangga Batu.
Semoga segala perancangan yang dibincangkan dipermudahkan dan kerjasama erat antara semua pihak akan memastikan Program WRUR dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan rakyat. Insya-Allah.
Ab Rauf Yusoh
#MelakaSayangRakyat
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#PantaiKundorDihati
#WRUR