28 Jun 2026 | Ahad jam 2.00 petang
Alhamdulillah, berkesempatan hadir menyantuni 15 orang anak-anak yatim sempena 10 Muharram di Surau Nurul Iman, PRR Taman Tangga Batu Perdana.
Semoga sedikit sumbangan dan kasih sayang yang dikongsikan dapat memberi keceriaan serta meringankan beban mereka. Mudah-mudahan anak-anak ini sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT, dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta kejayaan di dunia dan akhirat.
Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat dalam menjayakan program yang penuh keberkatan ini. Semoga segala usaha dan amal kebajikan kita diterima serta diberkati oleh Allah.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat