• Main
  • News

26 Jun 2026 | Jumaat

26 Jun 2026 | Jumaat

26 Jun 2026 | Jumaat

Ziarah Kasih

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menziarahi adik Abd Karim Abdullah yang merupakan seorang OKU. Dalam masa yang sama, beliau turut menjaga bapanya yang kurang sihat di kediamannya di Kg Gelam.

Dalam ziarah ini, saya telah menyampaikan sebuah tilam yang dimohon khas untuk kegunaan bapanya bagi memberi lebih keselesaan sepanjang menjalani rawatan dan berehat di rumah.

Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat meringankan sedikit beban keluarga serta memberi manfaat kepada bapanya. Saya mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan, manakala adik Abd Karim terus diberikan kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan segala urusan.

Insya-Allah, saya akan terus komited menyantuni dan membantu rakyat yang memerlukan mengikut kemampuan.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#MelakaSayangRakyat
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU