• Main
  • News

25 Jun 2026 | Khamis Jam 2.00 Petang

25 Jun 2026 | Khamis Jam 2.00 Petang

25 Jun 2026 | Khamis jam 2.00 petang

Alhamdulillah, pada petang ini saya telah menghadiri Taklimat Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian (CIMAH 2026) dan Sesi Libat Urus Penyelenggaraan Loji (Turnaround) yang dianjurkan oleh Malaysian Refining Company Sdn. Bhd. (MRCSB) di Birkin International Hotel, Klebang Melaka.

Taklimat ini memberi pendedahan berkaitan aspek keselamatan industri, pengurusan risiko serta langkah-langkah kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan yang melibatkan kawasan industri. Sesi libat urus ini juga menjadi platform penting untuk memperkukuhkan kerjasama antara pihak industri, agensi berkaitan dan komuniti setempat.

Semoga jalinan kerjasama yang baik ini dapat terus diperkasakan demi menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat khususnya di kawasan DUN Pantai Kundor.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU