• Main
  • News

Alhamdulillah, Turun Ke Sk Lereh Bersama Tn. Ir.

Alhamdulillah, Turun Ke Sk Lereh Bersama Tn. Ir.

Alhamdulillah, turun ke SK Lereh bersama Tn. Ir. Ahmad Fazili Bin Abd Hamed, Jurutera Awam Pengurusan Zon Pantai, Dr. Rahmat Hidayat, Penolong Pengarah JPS bagi meninjau lokasi aduan oleh Pn Hjh Jamaliah Guru Besar SK Lereh berkenaan keadaan batu penghadang ombak di belakang kawasan Sekolah yang didapati mengalami mendapan di beberapa lokasi.

Tinjauan ini diadakan bagi mengenal pasti tahap kerosakan serta mendapatkan maklumat awal untuk tindakan susulan yang sewajarnya demi memastikan keselamatan kawasan pantai daripada hakisan serta menjaga kemudahan awam berhampiran.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan dapat memberikan penyelesaian terbaik demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU