23 Jun 2026 | Selasa | 9.00 pagi
Pagi tadi saya bersama Tn. Ir. Ahmad Fazili bin Abdul Hamid, Jurutera Awam Pengurusan Zon Pantai, Seksyen Pembangunan Pantai JPS dan Dr. Rahmat Hidayat bin Muhamad Rum, Jurutera Awam Daerah Melaka Tengah JPS, serta wakil LKIM turun ke Muara Sungai Lereh bagi mendengar sendiri suara serta keluhan para nelayan yang berdepan kesukaran keluar masuk ke laut untuk mencari rezeki.
Tinjauan ini penting bagi melihat keadaan sebenar di lokasi serta mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh komuniti nelayan setempat.
Semoga usaha dan kerjasama semua pihak dapat memberikan penyelesaian terbaik demi memastikan kelancaran aktiviti ekonomi serta kesejahteraan para nelayan di Sungai Lereh.
#PantaiKundorDihati #SungaiLereh #JPS #PrihatinRakyat #MelakaMajuJayaRakyatBahagia #MelakaSayangRakyat
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat