21 Jun 2026 | Ahad jam 7.45 pagi
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan hadir ke Program Fun Run D’Village 2026 yang berlangsung di Kg. Paya Luboh, Tangga Batu, DUN Pantai Kundor.
Saya turut diberi penghormatan untuk merasmikan program, seterusnya menyempurnakan pelepasan peserta Fun Run 5KM yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk setempat serta peserta dari pelbagai peringkat umur.
Program seumpama ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dan semangat kebersamaan dalam komuniti.
Turut diadakan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik yang menambahkan lagi kemeriahan program.
Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur, para sukarelawan serta semua peserta yang menjayakan program ini. Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan bersatu padu.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat