20 Jun 2026 | Sabtu jam 8:30 malam
Alhamdulillah, pada malam ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Kota Melaka bagi DUN Telok Mas yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Padang Taman Seri Telok Mas.
Tahniah saya ucapkan kepada YB Datuk Wira Abdul Razak bin Haji Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan Negeri Melaka merangkap ADUN Telok Mas, atas komitmen dan kepimpinan beliau dalam menjayakan pelaksanaan program WRUR di DUN Telok Mas. Pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan sepanjang tempoh WRUR telah memberi manfaat yang besar kepada penduduk setempat serta memperkukuhkan hubungan antara kerajaan dan rakyat.
Program ini turut menyaksikan penyampaian pelbagai penghargaan kepada tokoh-tokoh yang telah banyak berjasa dalam bidang pendidikan, keagamaan, sukan, pentadbiran serta seni budaya, sebagai tanda pengiktirafan terhadap sumbangan mereka kepada pembangunan masyarakat.
Semoga semangat kebersamaan dan kerjasama yang terjalin melalui program ini akan terus diperkukuhkan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Melaka.
Ab Rauf Yusoh
#MelakaSayangRakyat
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#PantaiKundorDihati