20 Jun 2026 | Sabtu | 9.15 pagi
Alhamdulillah, pada pagi ini saya berkesempatan menghadiri dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Guru-Guru Melayu Melaka Berhad (KAGUM) yang berlangsung di Dewan Serbaguna Koperasi KAGUM.
Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh barisan Ahli Lembaga Koperasi, anggota serta warga KAGUM yang terus komited memperkukuhkan gerakan koperasi sebagai wadah meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan kebajikan ahli, khususnya dalam kalangan warga pendidik.
Semoga KAGUM terus maju dan cemerlang dalam melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada ahli serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Melaka. Tahniah kepada seluruh kepimpinan dan anggota KAGUM atas usaha berterusan memartabatkan institusi koperasi.
Ab Rauf Yusoh
#MelakaSayangRakyat
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#PantaiKundorDihati