20 Jun 2026 | Sabtu | 8.30 pagi
Pagi ini saya berkesempatan hadir ke Program Gotong-Royong Komuniti Bebas Denggi (KOMBeD) Taman Tanah Merah Jaya yang dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah di Dewan Terbuka Taman Tanah Merah Jaya. Program ini merupakan antara usaha berterusan dalam membanteras penularan denggi dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.
Melalui semangat gotong-royong dan kerjasama penduduk setempat, kawasan kediaman dapat dibersihkan daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes sekaligus membantu mewujudkan komuniti yang lebih sihat, selamat dan sejahtera.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), SWCorp, MBMB serta seluruh penduduk yang hadir dan memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.
Cegah Denggi, Tanggungjawab Bersama. Tiada Tempat Untuk Nyamuk Aedes!
#KOMBeD #KomunitiBebasDenggi #CegahDenggi #TamanTanahMerahJaya #MelakaSayangRakyat #PantaiKundor #MelakaTengah #KKM