18 Jun 2026 | Khamis jam 8.50 pagi
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan menghadiri Program Santuni Petugas Pembersihan Sempena Sambutan Hari Pekerja Pembersihan Peringkat MBMB Tahun 2026 yang telah berlangsung di Kingston Hotel,Dataran Pahlawan Melaka.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh petugas pembersihan yang sentiasa komited menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memastikan kebersihan serta keceriaan bandaraya Melaka sentiasa terpelihara.
Sesungguhnya, peranan mereka amat penting dan menjadi tulang belakang dalam mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan selesa untuk dinikmati oleh seluruh masyarakat. Semoga segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat penghargaan sewajarnya serta diberkati Allah SWT.
Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin.
Terima kasih kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) atas penganjuran program yang cukup bermakna ini.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#MelakaSayangRakyat
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia