Jam 2 petang
16 Jun 2026
ZIARAH USAHAWAN TEMPATAN SEMPENA PROGRAM WRUR (WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT) DUN TELOK MAS
Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi dan menyantuni usahawan tempatan bersama YB Allex Seah谢守钦 EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka di sekitar DUN Telok Mas sempena Program WRUR (Wakil Rakyat Untuk Rakyat).
Antara usahawan yang diziarahi ialah Pn Nadirah daripada AFY Haniff Group Sdn. Bhd., usahawan bimbingan MARA yang mengusahakan produk Serai Wangi, serta Azra Fresh Resources, usahawan di bawah bimbingan SME Corp/SME Bank yang menjalankan perusahaan santan segar.
Ziarah ini bertujuan untuk melihat sendiri perkembangan perniagaan mereka, mendengar pandangan serta cabaran yang dihadapi, di samping mengeratkan hubungan antara kerajaan dan komuniti usahawan setempat.
Semoga usaha dan bantuan yang disalurkan dapat membantu usahawan terus berkembang maju, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
Ab Rauf Yusoh
#MelakaSayangRakyat
#PantaiKundorDihati
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat