15 Jun 2026 | Isnin jam 9.30 malam.
Pada malam ini, saya telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan bersama Ketua-Ketua Cawangan bagi membincangkan persiapan awal Program WRUR (Wakil Rakyat Untuk Rakyat) DUN Pantai Kundor yang akan berlangsung pada 19 Julai 2026 hingga 25 Julai 2026.
Mesyuarat ini bertujuan memastikan setiap perancangan program dapat disusun dengan baik dan dilaksanakan secara tersusun demi manfaat rakyat di setiap cawangan dalam DUN Pantai Kundor.
Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, Program WRUR DUN Pantai Kundor akan menjadi platform terbaik untuk mendekati rakyat, menyelesaikan isu-isu setempat dan memperkukuhkan hubungan antara pemimpin serta masyarakat.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#MelakaSayangRakyat
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia