14 Jun 2026 | Ahad
???????? SUKAN MELAKA 2026 – DUN PANTAI KUNDOR
Alhamdulillah, berkesempatan hadir menyantuni para peserta dan menyaksikan pertandingan Badminton dan Sepak Takraw sempena Sukan Melaka 2026 Piala YAB Ketua Menteri Melaka bagi peringkat DUN Pantai Kundor.
Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan, disiplin serta komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Sukan bukan sahaja melahirkan atlet yang cemerlang, malah menjadi medium terbaik untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Terima kasih kepada semua jawatankuasa, urus setia dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini terus menyemarakkan budaya hidup sihat dan melahirkan lebih ramai bakat sukan yang mampu mengharumkan nama Melaka pada masa hadapan.
Ab Rauf Yusoh
???? Melaka Sayang Rakyat
#SukanMelaka2026 #DUNPantaiKundor #MelakaSayangRakyat #SukanUntukSemua #PantaiKundor #YBDatukTuminah