14 Jun 2026 | Ahad
Alhamdulillah, walaupun terlewat hadir kerana kekangan jadual yang padat pada hari ini, saya tetap berkesempatan menghadiri Majlis Perkahwinan anak kepada Puan Marliana Mahat dan suami.
Tahniah kepada kedua-dua mempelai serta keluarga pengantin. Semoga majlis yang berlangsung diberkati dan pasangan pengantin dikurniakan kebahagiaan, kasih sayang yang berkekalan serta dipermudahkan segala urusan dalam melayari alam rumah tangga.
Terima kasih atas jemputan dan layanan yang diberikan. Semoga ikatan silaturahim terus erat serta majlis berlangsung dengan penuh meriah dan keberkatan. ❤️????
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat