14 Jun 2026 | Ahad jam 9.00 pagi
Alhamdulillah, pada pagi ini saya hadir sebagai Pemerhati ke Majlis Perasmian Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia, bertempat di Hatten Hotel Melaka.
Mesyuarat ini menjadi wadah penting dalam memperkukuhkan perpaduan, memperkemas gerak kerja organisasi serta memperkasakan peranan wanita sebagai tonggak kekuatan parti dalam menghadapi cabaran semasa.
Semoga semangat perjuangan dan kesepakatan yang dizahirkan melalui mesyuarat ini terus menjadi pemangkin kepada kejayaan parti serta membawa manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat
#WanitaUMNO