13 Jun 2026 | Sabtu
Alhamdulillah, pada hari ini saya berkesempatan hadir mewakili YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka, bagi menyampaikan ucapan sempena Majlis Sambutan 100 Tahun Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad yang berlangsung di Hotel Muzaffar, Ayer Keroh.
Majlis ini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad atas pencapaian membanggakan sepanjang satu abad penubuhannya. Semoga koperasi ini terus maju, berdaya saing dan terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekonomi serta kebajikan anggotanya.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat