11 Jun 2026 | Khamis
Berkesempatan meninjau keadaan rumah En. Jamil Johari di Kampung Gelam yang mengalami kerosakan teruk.
Saya telah melihat sendiri keadaan rumah tersebut dan mendengar penjelasan daripada keluarga mengenai kesukaran yang sedang mereka hadapi akibat kerosakan berkenaan. Semoga En. Jamil dan keluarga terus diberikan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Insya-Allah, saya akan berusaha membantu dan menyalurkan perkara ini kepada pihak-pihak berkaitan agar tindakan serta bantuan yang sewajarnya dapat dipertimbangkan bagi meringankan beban keluarga beliau.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat