• Main
  • News

11 Jun 2026 | Khamis

11 Jun 2026 | Khamis

11 Jun 2026 | Khamis

ADUAN KEROSAKAN JALAN AKIBAT KERJA-KERJA TNB DI TANGGA BATU PEKAN

Saya menerima aduan daripada En Sariff Bin Jantan, Pengerusi JPKK Tangga Batu Pekan berhubung kerja-kerja pengorekan dan penanaman kabel yang dilaksanakan oleh pihak TNB di kawasan kampung tersebut yang telah menyebabkan kerosakan pada bahagian tepi jalan tar.

Difahamkan, kerja-kerja tersebut telah siap dilaksanakan lebih sebulan yang lalu. Namun sehingga kini, kesan pengorekan masih belum diturap semula dengan sempurna. Keadaan ini menyebabkan batu kasaran dan tanah berselerakan di atas jalan serta mengakibatkan kerosakan pada bahu jalan tar di lokasi berkenaan.

Situasi ini bukan sahaja menjejaskan keselesaan pengguna jalan raya, malah turut membahayakan keselamatan penduduk dan orang ramai yang melalui kawasan tersebut, terutama ketika hujan apabila berlaku takungan air. Sehubungan itu, pihak berkaitan diharapkan dapat mengambil tindakan segera untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan dan menurap semula kawasan yang terjejas demi keselamatan serta kesejahteraan penduduk setempat.

Terima kasih kepada JPKK Tangga Batu Pekan atas keprihatinan dalam menyampaikan aduan rakyat.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU