ADUAN BENCANA POKOK TUMBANG
Pagi ini saya menerima aduan bencana melibatkan kejadian pokok tumbang yang telah menghempap bumbung zink rumah Pn Salmi Binti Yusuf di Tangga Batu Pekan.
Sejurus menerima makluman, saya telah turun ke lokasi bagi meninjau keadaan dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai kerosakan yang dialami. Alhamdulillah, kejadian ini tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada penghuni rumah.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak bomba yang telah bertindak pantas menjalankan kerja-kerja memotong serta mengalihkan dahan pokok yang tumbang bagi memastikan keselamatan penduduk dan mengelakkan risiko kejadian yang tidak diingini.
Semoga urusan bantuan dan kerja-kerja pemulihan dapat dipermudahkan serta keluarga Pn Salmi diberikan ketabahan menghadapi ujian
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat