• Main
  • News

Ziarah Usahawan Wrur Dun Kesidang.

Ziarah Usahawan Wrur Dun Kesidang.

ZIARAH USAHAWAN WRUR DUN KESIDANG.

Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi usahawan tempatan bersama YB Allex Seah EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka iaitu Puan Norfazliana Binti Isa, pengusaha Rizqi Success Enterprise yang mengusahakan perniagaan hamper di Taman Limbongan Jaya, Melaka.

Beliau merupakan antara usahawan yang berjaya memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh MARA melalui pembiayaan SPiM serta Geran DigitalBiz (E-Post), pada tahun 2025 bagi memperkasa dan mengembangkan lagi perniagaan.

Sesungguhnya sokongan yang diberikan bukan sekadar bantuan kewangan, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan perniagaan yang lebih mampan dan berdaya saing. Semoga usaha gigih yang ditunjukkan oleh beliau terus membuahkan kejayaan serta menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan untuk berani melangkah ke hadapan.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada Rizqi Success Enterprise. Semoga terus berkembang, mencipta lebih banyak peluang ekonomi dan menyumbang kepada kemajuan komuniti setempat.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU