10 Jun 2026 | Rabu
ZIARAH USAHAWAN SEMPENA PROGRAM WRUR (WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT) DUN KESIDANG
Alhamdulillah, pada hari ini saya berkesempatan bersama dalam ziarah usahawan ke Aik Cheong Coffee Roaster Sdn. Bhd. sempena Program WRUR (Wakil Rakyat Untuk Rakyat) DUN Kesidang bersama YB Allex Seah Shoo Chin, EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka.
Dalam lawatan ini, kami berpeluang bertemu dengan En. Owee Guan Seng, usahawan berjaya yang telah mengharumkan nama Negeri Melaka apabila menerima Anugerah Usahawan Negeri Melaka (AUNM) 2025 bagi kategori Usahawan Global. Syarikat beliau terkenal dengan pengeluaran minuman segera kopi, teh, coklat dan bijirin yang bukan sahaja mendapat sambutan di pasaran tempatan malah turut menembusi pasaran antarabangsa.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri perkembangan syarikat, mendengar pandangan serta memahami cabaran yang dihadapi oleh usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka. Kejayaan yang dicapai membuktikan bahawa usahawan tempatan mempunyai potensi besar untuk terus berkembang dan bersaing di peringkat global.
Semoga lebih ramai usahawan di Negeri Melaka terus berjaya dan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi bidang keusahawanan, seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan negara.
Terima kasih atas sambutan mesra yang diberikan. Semoga hubungan erat antara kerajaan, agensi dan usahawan terus diperkukuhkan demi kemajuan bersama.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat