10 Jun 2026 | Rabu
Alhamdulillah, pada pagi ini saya berkesempatan menghadiri dan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Program CSR Kesedaran Kebersihan Pantai dan Kitar Semula – “Sea The Change 2026” anjuran pelajar semester akhir Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat (BA132), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ( MBMB ) dan Japerun Pantai Kundor yang berlangsung di Pentas Budaya Pantai Puteri, Melaka.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur serta para pelajar yang telah mengambil inisiatif menganjurkan program yang sangat bermanfaat ini. Program seperti ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan pantai, malah memupuk rasa tanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar serta amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk bersama-sama memelihara keindahan alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat
#SeaTheChange2026 #CSRUiTM #KebersihanPantai #KitarSemula