08 Jun 2026 | Isnin
Pada pagi ini saya berkesempatan hadir ke Program Rakaman Penggambaran Bersamamu TV3, bagi menziarahi En. Nein Bin Ahmad yang sedang mengalami masalah kesihatan dan terlantar di kediamannya di Pantai Kundor.
Turut hadir bersama dalam TV3 bersama mu ialah pegawai-pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) serta barisan kepimpinan dalam DUN Pantai Kundor.
Untuk makluman bahawa bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah pun diterima oleh keluarga ini.
Seperti bantuan keawangan bulanan sebanyak RM 600 setiap bulan dan bantuan
Berupa makanan daripada MAIM. Namun semua sedia maklum bila sesiapa pun diuji oleh allah dengan kesihatan yang kurang baik seperti En Nein ( stroke) sudah semestinya kos sara hidup bertambah terutama daripada keawangan. Oleh itu dengan bersama mu TV3 mudah- mudahan
Kepada rakyat malaysia yang berkemampuan ingin membantu keluarga ini amat dialu-alukan.
Kepada Semua yang terlibat datang membantu untuk keluarga En Nein dan keluarga saya amat menghargainya . Melaka sayang rakyat diterjemahkan dengan keperhatinan turun padang daripada JAPRUN bersama JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT. MAIM SERTA PEMIMPIN MASYARAKAT KAMPUNG sewaktu PROGRAM BERSAMA MU TV3.
Semoga En. Nein Bin Ahmad terus diberikan kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan segala urusan rawatan. Sama-sama kita mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan serta kesihatan yang lebih baik. Aamiin. ????????
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat