• Main
  • News

30 Mei 2026 | Sabtu Jam 10.00 Pagi

30 Mei 2026 | Sabtu Jam 10.00 Pagi

30 Mei 2026 | Sabtu jam 10.00 pagi

Program Gotong-Royong Berkelompok & Ibadah Korban Belia Tangga Batu 2026

Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir ke Program Gotong-Royong Berkelompok dan Ibadah Korban Belia Tangga Batu 2026 anjuran Belia 4B STABA.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur serta seluruh peserta yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semangat kerjasama, sukarelawan dan ukhuwah yang ditunjukkan jelas mencerminkan nilai kebersamaan serta perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan, selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk setempat. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memupuk semangat kebersamaan dan budaya tolong-menolong dalam komuniti.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H. Semoga segala amal ibadah kita diterima dan diberkati oleh Allah

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU