24 Mei 2026
???????????????????????????????? ???????????????????????????????????? ???????????????? ???????????????? ????????????????????????????????????????????
Hari ini saya bersama delegasi Program Eksplorasi Pasaran Koperasi dan Jaringan Perniagaan (EKSPANSI) berpeluang mengadakan lawatan ke Koperasi Sosodikon Ranau, Sabah bagi melihat sendiri kejayaan sebuah koperasi komuniti yang kini semakin dikenali dan menjadi antara destinasi pelancongan pilihan ramai.
Koperasi ini menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi dan pelancongan yang memberi manfaat besar kepada penduduk setempat antaranya perkhidmatan ATV, pengangkutan pelancong, inap desa, campsite, kafe serta kedai cenderamata. Menariknya, hampir keseluruhan operasi dan pembangunan koperasi ini digerakkan oleh ahli-ahli koperasi yang terdiri daripada penduduk kampung sendiri, sekali gus membuka peluang pekerjaan dan menjana pendapatan kepada komuniti setempat.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat