• Main
  • News

23 Mei 2026

23 Mei 2026

23 Mei 2026

???????????????????????????? ???????????????????????????????? ???????? ???????????????????????????????? ???????????????????????????????????????? ????????????????????-???????????????????? ???????????????????? ????????????????????????

Alhamdulillah, hari ini saya bersama delegasi berkesempatan mengadakan lawatan Program Ekspansi ke Koperasi Kakitangan Taman-Taman Sabah Berhad yang bertempat di Pulau Manukan, Sabah. Lawatan ini memberi peluang kepada kami melihat sendiri kejayaan serta pengurusan koperasi pelancongan yang telah lama bertapak dan berkembang maju di negeri Sabah.

Sebelum tiba di Pulau Manukan, kami terlebih dahulu dibawa melawat beberapa buah pulau di bawah pengurusan koperasi ini iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik. Lawatan ini membuka ruang untuk kami memahami dengan lebih dekat bagaimana koperasi ini mengurus sektor pelancongan secara tersusun dan profesional termasuk aspek pengangkutan, penyediaan fasiliti pelancong serta aktiviti ekonomi yang dijalankan di setiap pulau.

Semoga lawatan dan perkongsian pengalaman ini dapat menjadi inspirasi serta panduan dalam memperkukuh pembangunan koperasi dan sektor pelancongan di Negeri Melaka, khususnya dalam mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU