22 Mei 2026 | Jumaat
Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri sesi libat urus serta makan malam sempena Program Explorasi Pasaran Koperasi dan Jaringan Perniagaan (EXPANSI) Kerajaan Negeri Melaka ke Negeri Sabah.
Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama, memperluas peluang pasaran serta memperkasakan sektor koperasi dan usahawan antara Negeri Melaka dan Negeri Sabah.
Turut hadir ialah YB Datuk Mohamad Bin Alamin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Semoga usaha seperti ini terus membuka lebih banyak peluang ekonomi, perniagaan dan kerjasama strategik demi manfaat rakyat serta pembangunan usahawan tempatan.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat