• Main
  • News

22 Mei 2026 | Jumaat

22 Mei 2026 | Jumaat

22 Mei 2026 | Jumaat

???????????????????????????? ???????????????????????????????????????? ???????????????????????????? ???????????????????????????????? & ???????????????????????????????? ????????????????????????????????????????

Saya kini berada di Sabah bagi menyertai Lawatan Program Eksplorasi Pasaran Koperasi dan Jaringan Perniagaan (EKSPANSI) yang melibatkan kerjasama antara koperasi-koperasi dari Melaka bersama beberapa koperasi di Sabah.

Saya bersama YB Allex Seah谢守钦 Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dah Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka serta delegasi berpeluang berkunjung ke daerah Papar bagi mengadakan lawatan ke Koperasi Pelancongan Komuniti Kampung Beringgis Papar Berhad yang mengusahakan Pasakon Beach Camp Site - PBCS di Kampung Beringgis.

Lawatan ini memberi peluang kepada kami melihat sendiri bagaimana sebuah koperasi komuniti mampu berkembang maju dan menjadi antara destinasi pelancongan yang dikenali di sekitar Papar hasil pengurusan yang tersusun serta penglibatan aktif penduduk tempatan.

Apa yang membanggakan, koperasi ini yang dianggotai majoritinya oleh penduduk kampung sendiri berjaya mencipta peluang ekonomi melalui sektor pelancongan dan menerima pelbagai pengiktirafan seperti Anugerah Desa Lestari, Anugerah Agro Pelancongan serta Program Sejati MADANI. Pasakon Beach Camp Resort turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti ATV Ride, Banana Ride, Kayak Ride, glamping serta kemudahan chalet yang selesa untuk para pengunjung dan pelancong.

Kejayaan pengurusan koperasi ini pastinya akan dijadikan model dan rujukan kepada koperasi-koperasi di Melaka dalam usaha memperkukuhkan sektor pelancongan komuniti serta memperluaskan peluang ekonomi rakyat. Melalui perkongsian pengalaman dan jaringan kerjasama seperti ini, saya yakin lebih banyak koperasi mampu berkembang maju, berdaya saing dan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi masyarakat setempat.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU