• Main
  • News

20 Mei 2026 | Rabu

20 Mei 2026 | Rabu

20 Mei 2026 | Rabu

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT.

Sewaktu Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah yang lalu, saya telah membawa suara para nelayan Sungai Lereh berhubung kesukaran mereka untuk keluar dan kembali dari laut ke Jeti Nelayan Sungai Lereh akibat timbunan pasir yang mengganggu laluan.

Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa bajet kecemasan bagi kerja-kerja pengorekan dan pembersihan timbunan pasir tersebut telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan Pengarah JPS Melaka.

In shaa Allah, kerja-kerja pengorekkan pasir bagi memudahkan laluan keluar masuk nelayan akan disegerakan dalam masa terdekat ini.

Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri sentiasa prihatin dan mengambil serius setiap aduan serta keperluan rakyat, khususnya komuniti nelayan yang menjadi tulang belakang ekonomi setempat.

Buat seluruh nelayan Sungai Lereh, suara anda telah didengari oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Ab Rauf Yusoh

#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat


About Us

  • Tuminah Hashim

    AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) PANTAI KUNDOR KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN TANGGA BATU