20 Mei 2026 | Rabu jam 5.00 ptg
Pada petang ini, saya hadir ke Sidang Media sempena penganjuran Bikers Day @ D’ Sawah PL Square Kampung Paya Luboh 2026.
Program ini merupakan sebuah acara mega komuniti dan pelancongan yang dijangka menjadi antara program permotoran terbesar di kawasan DUN Pantai Kundor, sekali gus menyokong agenda pembangunan pelancongan Negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan utama negara.
Program berprestij ini adalah hasil kerjasama strategik antara Koperasi Kampung Paya Luboh Melaka Berhad, Japerun Pantai Kundor serta Kelab Daddy Bikers Malaysia.
Acara yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 22 Mei hingga 24 Mei 2026 di PL Square ini bakal menghimpunkan komuniti pemotoran dari pelbagai negeri dan dijangka menghimpunkan sehingga 3000 buah motorsikal berkuasa besar dengan pelbagai pengisian menarik buat pengunjung.
Majlis perasmian asalnya dijadualkan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh Ketua Menteri Melaka, namun atas urusan menunaikan ibadah haji, beliau akan diwakili dalam majlis perasmian tersebut.
Semoga program ini berjalan lancar dan terus memperkukuhkan sektor pelancongan, ekonomi komuniti serta hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat