18 Mei 2026 | Isnin jam 10.00 pagi
Alhamdulillah, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Operasi Kebersihan Awam dan Pengurusan Logistik Sisa Pepejal yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Japerun Pantai Kundor.
Mesyuarat ini diadakan bagi memperkukuhkan koordinasi serta memastikan pengurusan kebersihan awam dan sisa pepejal dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, tersusun dan berkesan demi keselesaan masyarakat setempat.
Turut hadir wakil serta pegawai daripada MBMB, SW Corp, SWM, JPS dan CMI Infra. Terima kasih atas komitmen serta kerjasama semua pihak dalam memastikan agenda kebersihan dan kesejahteraan rakyat terus diberi keutamaan.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat