16 Mei 2026 | Sabtu
Alhamdulillah, saya hadir pagi ini bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SRA JAIM Tangga Batu Kali Ke-4 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Ibadur Rahman.
Turut bersama ialah Ustazah Norlidah Yatim selaku Guru Besar SRA JAIM Tangga Batu, En. Husin Jantan selaku YDP PIBG SRA JAIM Tangga Batu serta barisan Ahli Jawatankuasa PIBG.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak sekolah serta PIBG atas usaha dan komitmen dalam memperkukuhkan hubungan antara sekolah dan ibu bapa demi kecemerlangan pendidikan anak-anak.
Tahniah juga saya ucapkan kepada anak-anak yang cemerlang dalam UPKK 2025.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat