• Main

Jawatan Khas Pegawai Media di PEJABAT JAPERUN Pantai Kundor.

Tanggungjawab Utama:

Penghasilan Kandungan : Mereka bentuk dan menghasilkan bahan grafik, video, dan animasi untuk tujuan pemasaran dan media sosial.

Pengurusan Media Sosial : Mengurus dan mengemas kini kandungan visual di platform seperti TikTok, Instagram, dan Facebook.

Suntingan Video : Melakukan proses suntingan video (editing) termasuk memasukkan kesan khas, audio, dan sarikata.

Kenyataan Media : Menyedia dan menyunting draf teks ucapan atau kenyataan media ringkas.

Pemantauan Isu : Memantau isu-isu semasa di kawasan DUN Pantai Kundor yang memerlukan perhatian segera YB di media sosial.

Syarat Kelayakan : • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Pendidikan : Minimum Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi Massa, Media Kreatif, Grafik, atau bidang berkaitan.

Kemahiran Teknikal : Mahir menggunakan aplikasi penyuntingan seperti CapCut, Canva, Adobe Premiere Pro, atau Photoshop.

Karakter : Mempunyai disiplin tinggi, boleh bekerja di bawah tekanan (termasuk pada waktu malam/hujung minggu), dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

Kelebihan : Memiliki kenderaan sendiri dan menetap di sekitar Melaka